Saturday, October 23, 2010

PRODUK2 TERBARU DIPASARAN. Cuba jangan tak cuba


Kapsul Iner G


Kapsul Iner G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah dalam Kopi Radix ataupun diambil dengan Plantisol. Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simptom letih yang keterlaluan termasuk yang ada masalah impotensi (tenaga lelaki).

Pengambilanya juga tidak perlu tinggi iaitu 1×3 sahaja. Pada pesakit kencing manis yang masih baru, herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat daripada 100% pokok Tebu Gajah hutan spesis yang memanjat. Adanya Iner G, kini HPA memiliki herba yang lengkap un
tuk rawatan kepada pesakit kencing manis.

Set lengkap produk HPA untuk rawatan kencing manis ialah Plantisol, Iner G, Teh Tropika dan Habbatussauda. Peratus pesakit kencing manis semakin meningkat dan sudah sampai masanya kita perlu ada solusinya.


60 biji kapsul per botol
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 19

Kapsul Sireh Plus

Kapsul Sireh Plus ialah herba yang banyak kegunaannya dalam rawatan. Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara. Ini mengelakkan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser.

Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui SLM dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran MLM. Dos yang perlu diambil ialah 2×3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu.

60 biji kapsul per botol 
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 19


TERKINI! SATU LAGI RAHSIA SAINS TERBONGKAR !

Alkaradix ChloropHyll Drops
 
• Punca utama segala penyakit ialah buangan berasid dalam badan.
• Musuh besar ini mesti anda singkirkan dahulu untuk menjadi   sihat.
• Diet, ubatan atau suplimen serta senaman harian tidak akan berkesan selagi musuh ini berada dalam tubuh anda.
Tahukah anda apa dia musuh besar anda ini?
• Ianya tak lain dan tak bukan adalah Bahan buangan berasid yang terperangkap dalam badan anda yang membunuh anda secara senyap hari demi hari!
Bahan buangan berasid inilah yang menyebabkan Kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesity/ kegemukan, penyakit kulit tegar, sakit sendi, perut sengkak, mur
ung, kelesuan, hilang daya tumpu dan mudah berang..
 
Selagi ianya tidak disingkirkan selagi itulah:

1. Berdiet macam mana pun tidak akan menurunkan berat badan,
2. Makan ubat, makan suplimen juga tidak bermakna, dan
3. Senaman atau jogging hanya memenatkan sahaja.
HPA ada berita gembira untuk anda. 
Peluru sakti untuk menyingkirkan kondisi berasid dalam badan anda ialah Alkaradix ChloropHyll Drops yang beralkali tinggi. Hanya satu titis sahaja dalam segelas air mampu melonjakan pH air dari 7 ke 9 atau lebih.
Tanpa air alkali pH tinggi (pH8.5 ke atas) buangan berasid akan terus mengancam nyawa anda.

Alkaradix ChloropHyll Drops : Pelonjak Alkali, penyingkir Asid - Alkaline Booster, Acid Buster
Herba / Ubat kurang mujarab kalau badan masih berasid.
Alkaradix ChloropHyll Drops membantu mengurangkan asid berlebihan dalam badan anda dengan 7 faedah kesihatan:
Kurangkan Yang 1 ... Redakan Yang 7 ...
KURANGKAN ASID
BOLEH MEREDAKAN
1. TOKSIK
2. LEMAK & KOLESTEROL
3. PENYAKIT OTOT & SENDI
4. SEMBELIT & KEKERINGAN DALAMAN
5. PENYAKIT KULIT TEGAR
6. BATU KARANG
7. KANSER

Alkaradix Chlorophyll Drops dijual 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol yang mampu mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.
Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00
Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10 NM.
Ingat:
1. Ibu kepada penyakit kronik ialah buangan berasid dalam badan.
2. Bapa kepada penawar penyakit kronik ialah minuman air beralkali.
3. Raja kepada Air beralkali ialah ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS.




Ada lagi yang terbaru!!!!!! apa dia........ 
Jelly Gamat HPA + Habbatussauda


Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.
Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan
  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat
  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Gamat
  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.
Keunikan Gamat
  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia
  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat
  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)
Gamat HPA
  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”
“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat
  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml
Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45

 

Minuman Talbinah
Pengenalan
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.
Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Khasiat Talbinah
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )
Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan
( Depression )
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :
“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.
Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )
Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.
Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.
7) Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.
Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.

Cara Penyediaan Talbinah
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Minuman Talbinah Edaran HPA
Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 35

Monday, October 18, 2010

HERBA PENAWAR PENYAKIT2 BERKAITAN


Ardisia (Herba Ghout / Arthritis)

ardisia1.jpgProduk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.

Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
v  Ardisia Crispa
v  Carica Papaya.
v  Morinda Eliptica
v  Micromelum Longifolia
v  Cinamomum Iners.
Dos : Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Harga Pengguna: RM 20

Coscinium Plus (Herba Resdung & Alahan) 

Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

coscinium1.jpgOleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan. Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Coscinumm Blumeanum 2. Nepenthe Spp 3. Rusiga Spp

Harga Pengguna: RM 20


Herba D Campuca ( Athma & Mucus )

Khasiat:
  • Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
  • Mengatasi masalah asma/athma.

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba D Campuca

campuca-02Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA. Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung. Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.

Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari. Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini. Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia : RM 22.00


Morin-A @ Morinda (Herba Athma & Lelah)

morinda1.jpgPenyakit lelah atau asma yang berpunca kepada lahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia. Penderita akan mengalami gejala bersin, selsema dan gatal. Penderita juga akan mengalami sesak nafas dan akan berlaku dada berbunyi (Wheezing) dan ini lebih jelas pada kanak-kanak ketika tidur.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens
2. Cinnamomum Iners
3. Eurycoma Longifolia
4. Coscinum Blumeanum
Dos : Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada pagi. Amat baik disinergikan dengan Radix atau Mengkudu.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 20



Herba Curcumin ( bersih hati & buang katarak dimata )

Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci Rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan, ketumbuhan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:
Herba Curcumin
1. Alzheimer’s disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.

Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:
  • berat badan dibawah 50kg – 2 biji, 3x sehari
  • berat badan antara 50kg – 90 kg – 3 biji, 3x sehari
  • lebih daripada itu/perawatan – 5 biji, 3x sehari
InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kelebihan Curcumin
Masalah dihati akan kelihatan di mata . Keracunan hati akan menunjukkan mata putih menjadi semakin kuning. Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi. Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu.  Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 22.00


Ficus (Herba Buasir)

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
ficus2.jpgKekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :  1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans

Dos : Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna:RM 20


Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.
Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

Ficus untuk buasir
Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-
1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Malac (Herba Batu Karang)

malac3.jpgHerba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos : Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna: RM 20


Plantisol (Herba Kencing Manis)

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-

1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
plantisol3.jpgAmalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Komposisi (75 Kapsul per botol) : mengandungi Barrintoga Racemosa, Pithecellobium Jiringa, Tetra Indica , Tinospora Crispa, Andrographis Paniculata

Dos : Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

Harga Pengguna: RM 20
Related Posts with Thumbnails