Sunday, March 28, 2010

MENGENALI PRODUK2 HPA, HERBA, PENYAKIT DAN PENAWAR


gmbr-iklan-hpa-di-tv.gif
 
Herba- Herba dan Penawar Penyakit berkaitan
Herba-herba yang disenaraikan dibawah ini boleh ditanam disekeliling rumah kita dan boleh diamalkan terus sebagai penawar penyakit.

1) Hempedu bumi - ubat demam
2) Bunga cina - sakit kepala
3) Kaca beling - batu karang
4) Delima - sakit kulit
5) Ati-ati - senggugut
6) Daun senduk - sembelit
7) Patawali - sakit kulit
8) Capa - herba mandian
9) Pandan wangi - gout
10) Ketumpang air -darah tinggi
11) Naga buana - bengkak badan
12) Serai wangi - buasir
13) Serai - senggugut
14) Cekur - buang angin
15) Halia merah - ubat tenaga
16) Pegaga - awet muda
17) Roselle - ulser
18) Kunyit - pencernaan
19) Temu - buang angin
20) Ruku-ruku - batuk



Air Mineral HPA (Air Alkali Untuk Detox)

Air Mineral HPA ( merah atau biru )merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:

1. Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh
2. Meningkatkan stamina tubuh
3. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
4. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
5. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
6. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
7. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
8. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi

Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:

Kalsium
Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan system imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bacteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bacteria.

Magnesium
Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.

“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam”

1. Isipadu 600ml : RM 1.30
2. Isipadu 1500ml : RM 2.50


Kordial Asiatica (pegaga) + Gula Perang



Khasiatnya masih sama seperti Kordial Asiatica sebelum ini seperti merawat batuk, buasir, kelesuan, demam dan lain-lain lagi. Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potassium dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

Harga Pengguna : RM 16


Ardisia (Herba Ghout / Arthritis
http://duniaherbahpa.com/wp-content/uploads/2007/08/ardisia1.jpg
Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.
Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
  • Ardisia Crispa
  • Carica Papaya.
  • Morinda Eliptica
  • Micromelum Longifolia
  • Cinamomum Iners.
Dos : Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Harga Pengguna: RM 20

Coscinium Plus (Herba Resdung & Alahan)

Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.coscinium1.jpg

Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan. Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul per botol) : Coscinumm Blumeanum, Nepenthe Spp, Rusiga Spp

Harga Pengguna: RM 20

Herba D Campuca

Khasiat:
• Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
• Mengatasi masalah asma/athma.
campuca-02
Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Herba D Campuca:
Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA. Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung. Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.
Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari. Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini. Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia : RM 22.00

Herba Curcumin
Herba Curcumin
Merupakan produk baru yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci Rahim” kepada wanita. Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan, ketumbuhan dan sebarang jangkitan. Rimpang kunyit digunakan bersama Kapsul IMT menjadi ubat untuk fibroid yang berkesan disamping itu curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat. Kelebihan kunyit dalam kajian sunguh banyak seperti:

1. Alzheimer’s disease
2. kanser
3. gangguan hati
4. Sakit sendi
5. demam kuning
6. Senggugut
7. kencing berdarah
8. buasir
9. penyakit kardiovaskular
10. menurunkan kolesterol dll.
Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol). Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:
berat badan dibawah 50kg – 2 biji, 3x sehari
• berat badan antara 50kg – 90 kg – 3 biji, 3x sehari
• lebih daripada itu/perawatan – 5 biji, 3x sehari
InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kelebihan Curcumin
Masalah dihati akan kelihatan di mata . Keracunan hati akan menunjukan mata putih menjadi semakin kuning. Termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi. Mata menjadi kuning memberikan petanda awal perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti Kunyit atau karet kuning.

Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari toxid yang masuk kedalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu. Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak. Banyak penelitian di Universiti membuktikan curcumin terbaik untuk rawatan ini.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 22.00

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

ficus2.jpgFicus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.


Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Malac (Herba Batu Karang)

Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utammalac3.jpga lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos : Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna: RM 20


Plantisol (Herba Kencing Manis)

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas.

Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalaplantisol3.jpgm 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.

Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Komposisi (75 Kapsul per botol) : mengandungi Barrintoga Racemosa, Pithecellobium Jiringa, Tetra Indica , Tinospora Crispa, Andrographis Paniculata

Dos : Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

Harga Pengguna: RM 20

Morin-A @ Morinda (Herba Asma & Lelah)

Penyakit lelah atau asma yang berpunca kepada lahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia. Penderita akan mengalami gejala bersin, selsema dan gatal. Penderita juga akan mengalami sesak nafas dan akan berlaku dada berbunyi (Wheezing) dan ini lebih jelas pada kanak-kanak ketika tidur.
morinda1.jpg
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens
2. Cinnamomum Iners
3. Eurycoma Longifolia
4. Coscinum Blumeanum

Dos : Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada pagi. Amat baik disinergikan dengan Radix atau Mengkudu.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 20




Flaxseed Oil (Softgel)

Flaxseed oil kaya dengan Alpha-lonolenic Acid (ALA), asid lemak yg berguna untuk penyakit jantung, radang usus, arthritis(Sendi) & pelbagai masalah kesihatan yg lain
Flaxseed mengandungi sekumpulan bahan kimia yg dipanggil lignan yg berperanan utk mencegah kanser EPA & DHA tergolong dlm kumpuln pejal yg dipanggil acid lemak omega -3.
EPA & DHA didapati dari ikan sementara ALA didapati dari flaxseed oil & minyak sayuran khasiat FSO:

Fungsi Flaxseed Oil adalah seperti :-
Mengurangkan paras kolesterol
• Mengurangkan tekanan darah tinggi
• penyakit jantung
• Mengurangkan CD simptom yg menyebabkn radang usus
• Arthritis (Sendi)
• Mencegah Kenser Payu-Dara
• Mengurangkan depression (tekanan)
• Merawat masalah jerawat
• Mengurangkan masalah asma
• Mengurangkan kesakitan ketika haid
• Merawat pelbagai kondisi termasuk ulser, migrain,jangkitan kutu, glaucoma, penyakit kulit dan gemuruh

Kandungan: 60 (bovine) softgel, 500mg
Harga Semenanjung Malaysia : RM48.00


Grapeseed Oil


Grapseed Softgel

Biji anggur mengandungi Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC yang merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi yang penting. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protien terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.
Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.

Antara khasiatnya ialah:
Mengandungi vitamin A, C, E yag tinggi.
• Menurunkan kolestrol.
• Antikanser.
• Antioksidan.
• Antibakteria.
• Menaikkan HDL, baik untuk jantung.

Kandungan: 60 (bovine) softgel , 500mg
Harga Semenanjung Malaysia: RM 48


Evening Primrose Oil (EPO) Softge

epo-02

Evening Primrose Oil (EPO) berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan. Sejenis bunga liar berwarna kuning, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. EPO yang diperah daripada biji, kaya dengan Asid Gamma - Linolenik (GLA), sejenis asid lemak diperlukan kulit.

Antara khasiat minyak EPO:
Membantu mengawal atur kitaran haid.
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) - iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
• Mengurangkan simptom putus haid - panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
• Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Kandungan: 60 (bovine) softgel , 500mg
Harga Semenanjung Malaysia: RM 48


Garlic Oil Softgel
Khasiat dan Kelebihan:
sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.
• menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
• membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanser.
• dengan mengamalkan bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangkan.
• bawang putih yang diamal secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
• zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
• bawang putih dapat membantu meredakan stress dan kemurungan.
• bawang putih mengandung vitamin A, B, C, kalsium, potasium.
• bawang putih mengandungi antioksidan, karoten dan selenium.
• Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
• Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
• Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.

Harga Pengguna : RM 32

Minyak Zaitun Softgel

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUNolivesg.jpg
Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
• Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
• Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
• Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
• Antioksidan dan antikanser
• Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
• Membekal vitamin E
• Kestabilan asid lemak
• Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

Harga Pengguna : RM 32


King Salamon Oil Softgel


King Salamon Oil Softgel by HPA Online

Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar kolesterol yang tinggi. Produk yang dihasilkan dari minyak ikan solomon ini amat terbukti melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kadar kolesterol ke paras normal. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengadapi masalah diabetis, ghout, reumatik.

Kandungan: 60 biji
Harga Pengguna: RM 100



Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).
Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :
    vco-softgel.PNG
  • membantu mengurangkan risiko kanser
  • membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
  • memudahkan proses bersalin
  • mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
  • memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
  • menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
  • membantu mencegah osteoporosi
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 32



LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung. Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL . Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel,VCO soft gel dan Minyak zaitun Soft . Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari dos 2×3 sehari.
Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan sama ada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul. Jika disinergikan dengan herba tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan. Salah satu tanda LDL yang tinggi seseorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.
Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.

Memang benar vco sangat baik untuk masalah pencernaan terutama kanak-kanak dan masalah Tairoid yang biasa berlaku pada orang dewasa.Kedua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya gejala kurus dan keadaan ini diatasi dengan VCO.
Bagi mereka yang sehat tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan VCO  bertindak mengurangi LDL dan lemak badan .Ini menjadikan berat badan sesaorang itu ideal disamping membuang selulit pada tubuh.Jangan bimbang mengambil VCO Soft Gel HPA kerana disamping itu ianya sangat baik untuk mengelak berlakunya penyakit kardiovaskular.(jantung dan darah tinggi). InsyaAllah

No comments:

Related Posts with Thumbnails