Friday, May 28, 2010

Apa Kata Sifu

Friday, May 21, 2010
DETOX BUAH PINGGANG
pu5.jpg
Pada keluaran (15 April 2010) yang lepas kita telah membincang pengenalan buah pinggang kita, insyaALLAH para herbalis telah boleh mengenalpasti organ ini dengan baik. Kupasan kali ini kita akan membincangkan tentang kaedah detoksifikasi buah pinggang menggunakan produk Malac.

Sebelum kita bincangkan kaedah detox ini,kita selidiki dulu apakah kandungan herba Malac ini secara terperinci. Herba ini mempunyai komposisi 3 herba utama yang disinergi di untuk memberikan kesan optimum kepada penyembuhan buah pinggang. Herba yang digunakan adalah Mempelas(Tetracera Indica),Lalang(imperata Cylindrica) dan akar buluh. Sinergi ini mempunyai kesan diuretic yang kuat (pelawas kencing) serta mampu mengawal cairan di dalam tubuh.

Apakah kelebihan herba ini?

Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida (ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi, anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus ,Hypertensi, sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).

Herba ini boleh digunakan untuk pengganti kepada herba Ardisia bagi pesakit gout. Ia juga boleh diambil sebagai rutin 3 bulan sekali bagi pengamal ubatan kimia dan sebagai langkah awal pencegahan daripada penggunaan mesin hemodilisis. Para Herbalis juga perlu mengenal pasti jika terdapat tanda-tanda berikut pada pesakit,boleh dicadangkan malac sebagai herba yang sangat sesuai, situasi di mana air kencing mengandungi darah, berbuih, sakit ketika membuang air kencing, air kencing tidak berbau dan warna air kencing putih/jernih, juga baik bagi pesakit yang sukar membuang air kencing.

Detox Buah Pinggang

Kaedah rawatan yang boleh digunakan adalah kapsul Malac dibuka dan dicampurkan dengan air panas dan kemudiannya di minum, perlu diingat bahawa jumlah air yang diminum mesti sama dengan air yang keluar daripada badan kita melalui proses pembuangan kecil. Sebaik-baiknya digunakan madu bersama-sama untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Pesakit Hemodialisis

Bagi pesakit Hemodialisis, kaedah pengambilan herba ini sedikit berbeza iaitu melalui cara 3 biji kapsul di ambil 5 kali (3 x 5). Kapsulnya dibuka dan dimasukkan ke dalam air panas yang bertujuan untuk memecahkan dinding selulose bagi memdapatkan bahan aktif herba yang ada. Bancuh herba tersebut dan biarkan herba itu mendap kemudian barulah di minum, buang mendapan yang telah diminum airnya.

Bagi pesakit hemodalisis elakkan daripada pengambilan ubat yang bersifat pahit, kerana herba jenis ini akan membekukan darah. Contoh herba yang pahit adalah Plantisol, Vitex, D'Det dan lain-lain.(rujuk juga kepada tajuk Hati-hati Dalam Penggunaan Herba)
Kita juga boleh mengenalpasti kesan-kesan daripada penggunaan Mesin Hemodialisis kepada pesakit.

1) kerosakan kepada kelenjar paratyroid
2) kulit tua dan kehitaman
3) kuku mejadi kecil dan pendek

Apakah fungsi kelenjar paratyroid? Fungsi kelenjar ini adalah untuk mengawal kalcium di dalam darah dan tulang kita. Kelenjar ini terlihat kecil tetapi fungsinya sangat besar dan pastinya berbeza dengan fungsi kelenjar tyroid yang ALLAH tugaskan untuk menjaga,mengawal atur metabolisme tubuh.Menarik bukan?


Saturday, November 14, 2009
Grapeseed Oil.

Masalah rambut yang luruh boleh dirawat dengan pengambilan grapeseed oil HPA (2x 2). Minyak biji anggur sangat baik bagi memperbaiki aliran darah terutama disekitar kepala. Disamping menyihatkan akar atau umbi rambut , minyak ini juga sebenarnya mengandungi bahan tertentu yang khusus untuk kesihatan rambut.

Selain dari itu tonik pandan juga membantu menjadikan rambut sihat dan hitam disamping mengelakan kekeringan terutama di kulit kepala. Rambut-rambut halus akan mulai tumbuh semula InsyaAllah.

Posted by JawiHerbShop at 7:37 AM

Wednesday, November 11, 2009
Musim Hujan,madu dan kopi diet.

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.

Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.

Posted by jawimedherb at 8:28 AM


Saturday, October 31, 2009
Testimoni Resdung (SMS)

"sebelum ini saya ada masalah resdung yang amat kritikal, telah banyak kurang setelah mengamalkan corcinium dan roselle. Sekarang saya rasa sungguh sehat disamping mengamalkan produk lain spt evergreen centella, tuju angin, pelawas, spirulina ,VCO dan kopi Radix

Posted by jawimedherb at 10:26 AM

Saturday, October 24. 2009
Ubat basuh wanita

Ubat basuh wanita dikeluarkan dalam bentuk ubat periuk yang perlu didihkan. Ianya merupakan persediaan tradisional dalam bentuk asal. Fungsinya untuk keputihan, gatal-gatal dan ia juga digunakan untuk wanita lepas bersalin (basuhan apabila masuk hari ke 40). Disamping itu masyarakat Melayu dahulu menjadikan herba ini untuk mengubati penyakit kencing kerap mengecut dan merapatkan sama seperti lady cheer. Kadangkala wanita memerlukan herba ini agar dapat memelihara hubungan intim dengan suami disebabkan faktor-faktor kesihatan dalam dan sulit untuk di ceritakan. Semoga ilmu ini menjadi ibadah .Amin.

Posted by jawimedherb at 8:34 AM


Wednesday, October 14, 2009
Omega Gold ( King Salamon Gold )

· Mengandungi omega 3, 6 dan 9

· Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.

· Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.

OMEGA 3

· Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.

· mengandungi EPA dan DHA

EPA dapat menghindari

· Cancer

· Thrombosis (pembekuan/penyumbatan arteri.

· Atherosclerosis (lemak di arteri)

· High cholesterol level (Kolesterol tinggi)

· Heart diseases (Penyakit2 jantung)

· High blood pressure (Tekanan Darah Tinggi)

DHA dapat membantu

· otak berfungsi dgn lebih baik

· Menguatkan ingatan.

OMEGA 6

· Anti inflammatory

· baik utk wanita sebelum haid

· baik utk kulit, kuku dan rambut.

kombinasi omega 3 & 6 sangat penting untuk kesihatan tubuh badan

· Membantu metabolisma gula di dalam darah

· menurunkan kolesterol

· penyakit Autisme

Posted by JawiHerbShop at 9:37 AM

Pucuk Betik dan Spirulina.

Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. Pucuk betik direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara spiruna sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. Spirulina boleh digunakan bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin. Selain ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi ia juga mengelakkan daripada sembelit. Banyak ibu-ibu yang bersalin mengalami masalah sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul besi dihospital. Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari hari dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. Spirulina merupakan makanan yang paling advance buat masa kini untuk tujuan tersebut dan rugilah bagi mereka yang masih tidak tahu tentang hal ini.

Posted by JawiHerbShop at 9:33 AM

Darah tinggi.

Lagi testimoni diterima bahawa penggunaan vitex dan pelawas sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah bagi kes yang sudah melebihi 10 tahun pun nampak positif dan berkesan. Sinergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan omega 3 dan teh herba.

Dos vitex dan pelawas ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dan minum air mineral HPA 600ml selepas pengambilan herba. Dos pelawas boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1x 3.Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan pengambilan herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sehat. Jadi kenapa tidak mahu menjadikan herba sebagai solusinya?

Posted by JawiHerbShop at 9:29 AM

Thursday, October 8, 2009
Sakit Pinggang.

Hal ini telah banyak kali diperbincangkan tetapi bagi meraikan pertanyaan daripada ahli-ahli HPA maka saya ingin menjelaskannya sekali lagi. Sakit pinggang bukannya sakit buah pinggang tetapi ia terjadi apabila kandungan air dalam badan menjadi kering terutamanya apabila mengambil herba diuretic. Kopi radix juga adalah herba diuretic dan jika tidak diikuti dengan amalan minum air yang banyak boleh juga menyebabkan berlakunya sakit pinggang.

Kandungan air berkurangan dalam badan dapat di lihat dari urin jika warnanya kemerah-merahan. Dalam keadaan ini herba dihentikan dahulu dan banyakan meminum air.

Posted by JawiHerbShop at 8:46 AM

Wednesday, October 7, 2009
Antara bawang dan rokok

Bawang yang dimakan dengan banyak akan mengeluarkan bau yang mengganggu orang lain.

Dari Jabir ra berkata: " Rasulullah SAW melarang memakan bawang bakung dan bawang merah,akan tetapi pada suatu waktu kami memerlukanya sehingga kami memakannya. Lalu beliau bersabda : barang siapa yang memakan hasil dari pohon ini yang menimbulkan bau maka hendaklah ia tidak mendekati masjid kami. Ini kerana malaikat akan merasa terganggu dengan apa-apa yang membuat manusia terganggu"(HR Muslim)

Selain daripada bawang terdapat banyak lagi buah-buahan yang mendatang bau yang tidak menyenangkan seperti jering dan petai. Buah durian juga boleh mendatangkan bau kepada sesetengah orang tetapi wangi pada sisi orang lain. Dalam situasi ini pengambilanya juga tidak seharusnya banyak.

Disudut kesihatan buah-buahan merupakan sumber makanan kesihatan yang alami namun bagitu tidak semuanya sesuai terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti pesakit jantung yang sedang mengggunakan ubat pencair darah tidak boleh menggunakan garlic(minyak bawang putih). Bagitu juga dengan buah durian ,tidak boleh diberikan kepada pesakit kencing manis,petai dan jering tidak boleh diberikan kepada pesakit gout dan batu karang.

Kita lanjuti perbincangan ini dengan melihat bau dari mulut orang yang menghisap rokok. Bukan sahaja meninggalkan nakotin pada gigi malah lebih parah ia merosakkan gigi dan paru-paru. Paru-paru mendapat sedutan asap yang mengandungi karbon monoksida,tar,zink phosphid,simulasi najis manusia,alkohol dan beberapa bahan kotor dan beracun. Hampir semua fatwa ulamak menyatakan haram. Di kota-kotak rokok di malaysia di wajibkan meletakan gambar-gambar penyakit akibat daripada rokok.

Kesan daripada rokok inilah hati menjadi keras lantas mereka bukan sahaja tidak kemasjid,tidak menyukai pengajian ugama, tidak menyukai al- Quran malah hati terus keras dan berdegil bagi menerima Islam secara "kaffah". Itulah sebabnya HPA mengharamkan penggunaan rokok kepada warga-warganya. Sejauh mana keberkesanya? mari kita lihat dalam setiap program HPa..InsyaAllah tidak ada orang yang menghisap rokok..

Posted by JawiHerbShop at 7:54 AM

Ubat Gout

Banyak juga pesakit gout yang menghubungi saya dan minta dikirimkan ubatan tersebut. InsyaAllah saya bersedia untuk menghantarnya dengan pos laju agar penderitaanya dapat cepat dikurangi dan di sembuhkan dengan Izin Allah. Namun ada juga yang merungut kenapa harganya mahal, madu lebah dijual dengan harga RM150,00 (3 botol). Disini saya perlu menerangkan mengapa ianya dijual dengan harga tersebut.

  • Madunya mestilah yang tidak mengandungi air(kalau ada dalam peratusan yang sangat rendah.
  • Madu itu di campur dengan herba khas
  • Herbanya mestilah 100 organik dan pengeringannya tanpa haba tinggi.
  • Persiapannya perlu segera dan memerlukan pekerja khas seharian untuk itu.
  • Menggunakan pos laju agar segera sampai
  • Pembuatannya kadangkala mengalami rosak dan dibuat kembali.

Oleh sebab itu . kami akan menghantar hanya sebotol sahaja bagi setiap order dan untuk sembuh ia memerlukan 3 botol insyaAllah . Selepas sembuh ia perlu mengambil (satu sudu besar pagi, tengahari dan malam) selama 6 bulan. InsyaAllah benarlah hadis Nabi "setiap penyakit ada ubatnya".

Posted by JawiHerbShop at 7:31 AM

No comments:

Related Posts with Thumbnails